Quantcast
Channel: Tinju & Peluru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Telefon pintar.

$
0
0


Pada hari minggu lepas, aku bersiar-siar disekitar kawasan Kuala Lumpur untuk mencari blackberry yang murah. Disebabkan ptptn aku yang bakal masuk dua minggu lagi, akhirnya aku sudah ada keyakinan untuk menjadi pengguna telefon pintar. Aku sudah boleh katakan "selamat tinggal sayang" kepada telefon 3310ku yang sudah lama berkhidmat.

Ketika aku melalui sebuah kedai telefon cina, tiba-tiba mataku tertumpu pada sebuah keluarga yang sedang ralit membelek-belek iphone tercanggih keluaran terbaru. Ayahnya seorang ayah muda, manakala ibunya memakai kaca mata rayburn. Si anak pula kira-kira masih berumur 12 tahun, mengikut teori ketinggian vs umur aku yang unggul itu.

Si anak menarik baju ayahnya, "Babah, kawan-kawan Daniel semua ada iphone. Daniel nak iphone!" Kepada ini, si ayah jawab, "tapi Daniel nak iphone ni buat apa? Daniel bukannya kerja pun. Iphone ni sebenarnya untuk orang-orang yang kerja macam daddy jer tahu tak?" Tapi si anak tetap lebih licik, selicik seekor ular sawa. "Alaa daddy tak sayang Daniel. Daniel ni mesti bukan anak kandung daddy kan?"

Mendengar alasan anaknya yang sayu itu membuat si ayah mengalah. Lantas dia mengeluarkan beberapa keping rm50, dihulurkannya kepada tauke dengan wajah yang terpaksa dibuat-buat manis. Si tauke menyambut dengan senyuman yang tiada tolok bandingnya.

**********

5 minit kemudian, aku sedang menghirup secangkir kopi pekat bersama sekeping roti canai sebagai hidangan utama. Sekumpulan pelanggan yang bermekap tebal dan berambut perang langsung tidak berjaya memikat perhatian aku pada petang yang hening itu. Aku mengunyah sambil kadang-kadang berkerut, kadang-kadang termenung. Biasanya itulah caranya aku sedang berfikir dengan serius.

Pada cebisan roti canai yang terakhir, aku sudah menyiapkan sebuah ikrar yang aku kira sangat penting. Aku berikrar kepada diri sendiri bahawa jika anak aku demand iphone atau blackberry ketika dia masih berumur 12 tahun, aku akan pukul dia dengan kerusi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 62