So far, life is good.
Fakulti yang moden, kolej yang berwibawa, kawan-kawan yang awesome, serta permandangan yang cantik dari jendela adalah sebahagian daripada serpihan dunia aku di UiTM Shah Alam.
Sesudah minggu orientasi dan kenal-kenal tamat, maka esok akan sebermula sesi akademik yang serius untuk kelas aku. Aku cuma berharap penysarah-pensyarah disini akan menggunakan kaedah pembelajaran Socrates berbanding konsep klasik "Guru-Pelajar" yang diamalkan sejak turun-temurun di institusi-institusi Akademik kita. Secara jujurnya aku terpaksa akui bahawa kaedah klasik itu sangat membosankan.
Kalau di UiTM Kuantan dulu, aku sangat sukakan kelas-kelas yang diadakan oleh Sir Ikmal Hisham dan Sir Farid Huzaimi. Mereka membuka gelanggang idea didalam kelas, melontarkan soalan-soalan kritikal, serta cuba dengan upaya untuk mengajar kami supaya menggunakan sepenuh ijtihad untuk berfikir secara telus.
Bayangkanlah, dikelas kami, kami berdebat bebas samada Malaysia adalah sekular atau negara Islam, samada relevankan kedudukan-kedudukan Raja-Raja Melayu di Malaysia, sistem-sistem kerajaan, ketelusan "pemisahan Kuasa-kuasa kerajaan" dan sebagainya. Setiap topik pasti ada kesan baik, buruk, dan tugas kami adalah untuk menilai yang manakah lebih baik untuk status quo kita pada masa ini.
Pendek kata, mereka mengajarkan kami "how to think" berbanding "what to think". Kami menghurai berbanding memasukkan nombor-nombor dan perkataan kedalam kotak memori.
Inilah kaedah Socrates 2500 tahun dahulu semasa beliau cuba menyebarkan idea-idea falsafah di Kota Athens. Melalui kaedah berbincang ini, beliau mempunyai ramai anak murid dan peminat yang ingin menuntut ilmu darinya. Kaedahnya mudah dan interaktif, dimana kedua-dua belah pihak saling berkomunikasi. Dinding halimunan yang memisahkan antara guru dan pelajar segera dirobohkan. Malah, kaedah ini juga memberi inspirasi terhadap ahli-ahli falsafah yang kemudian seperti Plato dan Aristotle.
Hebat bukan?
Aku sangat berharap agar kaedah socrates ini bukan saja diamalkan di Universiti, malah diperingkat-peringkat sekolah lagi. Kita perlu mengubah kilang akademik yang memprodukkan robot-robot yang diprogramkan kepada Akademia yang melahirkan pemikir-pemikir yang bebas dari kejumudan dan pemikiran dogmatik. Seperti yang diucapkan oleh W.S. Rendra;

“Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran pikiran.
Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menguraikan.”
![]() |
W.S. Rendra. |