Quantcast
Channel: Tinju & Peluru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Kehadapan Degree, yang sentiasa menanti.

$
0
0
Esok adalah dunia yang baru untuk aku, sekali lagi.

Setelah enam bulan aku hidup tanpa pendidikan formal, tiada "Actus Non Facit Reum Nisi Mens Sits Rea", tiada "Audi Alteram Paltem" dan "Nemo judex in Causa Sua", aku akan bergelut semula dengan kitab-kitab undang-undang, kamus, nota-demi-nota dan diselang selikan dengan kuliah-kuliah panjang.

Semua bergerak didalam linear cita-cita aku. Untuk menuntut law adalah impian sejak aku berumur 13 tahun lagi. Sebenarnya aku sendiri tak pasti kenapa atau apa aku suka law. Parents aku bukan lawyer, aku tidak pernah membaca John Grisham, malah nama Lawyer yang aku tahu ketika itu hanyalah Karpal Singh. Aku syak ia bermula apabila aku terbaca falsafah-falsafah law seperti Hak Asasi dan Moraliti itu, ia membuat aku berasa takjub. Aku sejurusnya tahu inilah apa yang aku benar-benar mahukan.

Ya, macam itu saja. Tidak kompleks, tidak kompleks.

Tapi sebelum itu, aku pernah ada cita-cita lain. Sesudah membaca Da Vinci Code waktu aku tingkatan satu dulu, aku pernah terinspirasi untuk jadi religion symbologist. Aku mula membaca tentang simbol-simbol seperti Halo, Ankh, Tuhan-Tuhan, Dewa-Dewi agama Pagan dan Gnosticsm. Apabila cikgu soal tentang cita-cita didalam kelas, begitulah respons aku. Kawan-kawan aku yang lain hanya tercengang.

"Binatang apa religion symbologist tu?"

"Dengar macam kapir jer. Mesti buku Da Vinci tu kan?"

Aku juga pernah berimpian untuk jadi penulis. Tetapi ia hanya sementara. Ini kerana cikgu English (Encik Hamidon yang garang) aku sentiasa beri dorongan untuk aku menulis. Dia pernah bilang pada aku bahawa esei-esei english aku adalah antara yang terbaik dia pernah baca sepanjang mengajar di RMC. Pada tahun yang sama juga aku dianugerahkan pelajar terbaik bahasa inggeris dengan penuh berwibawa. Kali terakhir aku kesana, junior-junior aku jumpa dan kata, "Jo, essay kau cikgu Hamidon bagi kita orang doh. Power power."

Tapi itu dulu, sebelum aku beralih pada bahasa melayu pula. Sekiranya aku tidak jumpa buku puisi A. Samad Said didalam library tiga tahun lepas, mungkin blog aku masih bertutur didalam English. Tetapi seperti religion smbologist juga, lama-kelamaan, cita-cita untuk jadi penulis ini pun semakin malap, akhirnya hilang disebalik kegelapan realistik hidup.

Apapun, syukur juga aku ada passion untuk law ini. Segala falsafah, kes-kes, serta akta adalah cabaran yang menyeronokkan. Dan paling untung, tiada perkiraan matematik samada matematik moden mahupun matematik tambahan. Oh tuhan, itulah yang paling menakutkan aku tatkala aku dibangku sekolah dulu. Jadi jika ada orang tanya aku, "Apa yang kau nak jadi masa besar?" Aku boleh balas, "Jika diizinkan, lawyer lah."

Cewah!

Kepada kawan-kawan yang  tak dapat course yang dihendaki, jangan berputus asa. Sungai untuk bertemu laut bukan sebatang. Masih ada lagi sungai-sungai lain untuk kita susuri. Tuhan yang maha Adil tidak akan abaikan makhluk-makhluk-Nya yang sentiasa berusaha. Teruskan berjuang, kawan, genggam api sampai jadi bara!

Aku suka untuk membawakan doa Ali Shariati disini;

"Ya tuhanku, berikan keberanian kepadaku untuk mengubah apa yang mampu aku ubah, dan kekuatan kepadaku untuk menerima apa yang tidak terubah."

Selamat malam semua orang. Semoga mimpi diisi dengan keindahan-keindahan lagu Keane.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 62