Quantcast
Channel: Tinju & Peluru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Deus ex machina

$
0
0


Salah satu bahagian yang paling aku suka didalam Norwegian Wood (Haruki Murakami) adalah ketika Toru Watanabe berbual mengenai suatu konsep bernama deus ex machina kepada bapa Midori yang terlantar sakit di hospital. Ini adalah satu momen yang menarik, kerana Toru Watanabe, seorang pendiam yang sering mengasingkan diri daripada masyarakat serta mengalami tamparan hebat semenjak kawan baiknya membunuh diri itu tiba-tiba bercakap mengenai teori teater Greek Kuno kepada bapa Midori yang kelumpuhan otak. Agak memeranjatkan disini kerana Toru Watanabe jarang meluahkan isi hatinya kepada sesiapa, meskipun kepada ibubapa atau kawan-kawannya sendiri. Sudah tentu pesakit itu tidak mampu menjawab atau membalas apa-apa, melainkan mengangguk dan menggeleng dengan perlahan.

Sebelum aku teruskan, eloklah dulu aku terangkan apa itu deus ex machina. Secara harfiah, ia bermaksud "Gods of the Machine". Secara istilah pula, ia boleh dirumuskan sebagai "tuhan" atau "penyelemat" yang tiba pada waktu-waktu genting. Tuhan-tuhan ini datang ketika manusia didalam dilemma, ketakutan, kesedihan, ketidak-aturan, dan akan menunjukkan manusia kearah kesejahteraan. Dia akan mengambil alih drama tersebut dan kata kepada seorang, "Ini untuk kamu" dan kepada seorang lagi, "Baiknya kamu pergi sini". Dia seperti seorang pembaiki, lantas akhirnya semuanya akan jadi teratur dan sempurna dibawah kawalannya. Konsep ini digunakan oleh Euripedes didalam hasil-hasil seninya.

Barangkali tanpa sedar, kedua-dua Toru Watanabe dan bapa Midori perlukan seorang deus ex machina ketika itu, Tuhan yang datang sambil membawa obor harapan untuk "menyempurnakan" hidup mereka semula setelah segala kekalutan yang menghempap jiwa halus mereka. Secara tidak langsung, Haruki memberitahu kita (pembaca) bahawa betapa Toru didalam satu keadaan yang nihil ketika itu. Dia terluka, terasing, dengan kondisi kawan perempuannya lagi yang sedang mendapat rawatan di institusi sakit mental. Semuanya membuatkannya semakin tertekan.

Mungkin begitu juga dengan kita, kerana didalam dunia yang kucar-kacir seperti ini, tiada apa yang lebih ideal daripada seorang deus ex machina datang memberi kesempurnaan kepada watak-watak yang tragik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 62