Quantcast
Channel: Tinju & Peluru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Proses kematangan.

$
0
0
Untuk review aku pasal buku ini, klik sini.


Apabila J.D. Salinger menerbitkan The Catcher In The Rye lebih separuh abad yang lalu, barangkali apa yang melintasi otaknya ketika menulis buku tersebut adalah tentang "sebuah cerita remaja yang mencari identitinya." Novelnya itu terjual laris, diterjemah kedalam pelbagai bahasa dan Holden Caulfield terus menjadi simbol kepada remaja-remaja bermasalah diseluruh dunia.

Tetapi apa yang menarik tentang ini adalah betapa ia berkait rapat dengan psikologi, dan secara khusus, mengenainya proses kematangan seseorang individual. Ada sebuah artikel yang aku pernah baca (entah apa tajuknya aku sudah lupa) yang mengatakan bahawa umur 14 - 25 adalah waktu dimana kita didalam usaha mencari "Identiti diri". Sudah tentu identiti diri adalah sangat penting kerana ia adalah apa yang melambangkan seseorang insan. Ia apa yang menjadikan dia berbeza daripada manusia-manusia lain. Maka, apa yang berlaku didalam tempoh 11 tahun itu mempunyai kesan yang ampuh terhadap tahun-tahun yang akan mendatang.

Jika didalam waktu itu kita hanya habiskan masa dengan hiburan, maka didalam kadar peratusan tingginya, begitu jugalah kita nanti apabila sudah meningkat dewasa. Dan jika masa-masa kita dihabiskan dengan menyendiri, maka alamatnya sudah tentu kita menjadi seorang anti-sosial yang sangat sukar untuk digaul. Begitulah ideanya.

Sebab itulah waktu-waktu muda ini kita kena banyak mengembara, membaca, belajar, dan fahami dunia sebanyak yang mungkin. Dan waktu ini jugalah untuk kita bereksperimen tentang hidup dan membuat sebanyak 'kesilapan' yang boleh supaya kita menjadi lebih matang dan mampu memiliki perspektif yang lebih meluas. Seperti kata Nami, "masa muda inilah kau ada lesen untuk jadi bodoh." Bagi aku, ia benar.

Mengambil keretapi ke tempat-tempat yang jauh,
mencuba buku-buku yang tidak dikenali penulisnya,
menghadiri kelas seni pertahanan diri,
bertemu dengan orang-orang yang baru,

dan seumpama.

Itulah "life" didalam definisi aku. Kerana apabila kau dah besar nanti, kau takkan ada masa untuk buat benda-benda ini. Kau akan ditekan dengan kerja, beban, tanggungjawab, dan lain-lain hal. Satu hari nanti kau akan lihat kebelakang semula dan berkata, "Ah ruginya aku melepas semua itu."

Akan ada masa-masa kau jadi lost, keliru, buntu sepanjang proses ini. Kau rasa seperti sesat didalam labirin dan tiada jalan untuk keluar. Tetapi percayalah, itu perkara biasa. Itu sebahagian daripada proses kematangan. Yang penting, kita jangan sekali-kali menyerah dan cuba dengan upaya untuk memperbaiki diri.

Jangan jadi katak dibawah tempurung, jahil dan hanya menetap disuatu tempat sehingga menanti ajal. Keluarlah dari sana, ambil cabaran dan dugaan, dan belayarlah diatas badai-badai yang liar. Didalam kata-kata sakti orang melayu, "Jauh berjalan, luas permandangan."

Viewing all articles
Browse latest Browse all 62