Quantcast
Channel: Tinju & Peluru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Peduli.

$
0
0
Aku tidak pernah kisah jika aku ada kawan yang gay, lesbian, transeksual, atau biseksual, kerana itu pilihan dia untuk jadi apa yang dia mahu.

Atau bapok, pondan, atau apa-apa saja yang celik dimata orang kebanyakkan.

Ya, aku pernah ada kawan gay dulu, di Sekolah Asrama. Didalam ketika semua mengherdiknya, memaki-maki dan menggunakan hujah Al-Quran dan Sunnah untuk kata-kata nista, aku cuba mendekati si pengikut tradisi kaum Lut ini dan soal, "Kenapa inclination kau lain?"

Dia jawab, "Sebab aku pernah 'kena' dulu. Orang yang tak pernah 'kena' takkan faham."

Setiap orang ada kisah hidup belakangnya sendiri yang kita tak pernah tahu. Ada sebab kenapa dia jadi seperti itu atau seperti ini, atau percayakan sesuatu yang asing bagi kita.


Jika kau rasa dia salah disisi Tuhan, nasihatkan dia. Bukankah didalam agama sendiri mengajar habluminallah (hubungan dengan Allah) dan habluminannas (hubungan dengan manusia)? Biarkan tuhan saja yang menjadi hakimnya di mahkamaah masyar kelak, kerana dia Yang Maha Adil. Kita yang manusia ini memang takkan layak untuk menghukumi.

Atau aku suka juga untuk ungkapkan maksud Kebebasan disini menurut kata-kata seorang ahli filasuf, "kebebasan adalah untuk melakukan apa sahaja asalkan kita tidak mengekang kebebasan orang lain." Sampai ekstensi mana kita boleh memasuki sempadan peribadi dengan 'agama'?

Entah, mungkin aku lebih suka cara berlembut dari cara yang kasar.


Jika kita mengambil sedikit masa, hanya sedikit, untuk memahami golongan-golongan minoriti yang tertindas seperti ini dengan menggunakan keupayaan empati manusiawi, kita akan nampak bahawa tidak kira bagaimana pun rupa mereka, kita masih sama-sama manusia.

Dunia, kalau dilihat dengan perspektif yang lebih meluas, adalah lebih menyeronokkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 62