Quantcast
Channel: Tinju & Peluru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Aidilfitri.

$
0
0
Nampaknya sudah jarang aku meng-update blog. Dengan kerja yang menuntut serta writers block yang agak lama, aku semakin tidak tahu untuk tulis apa.

#Satu

Ditempat kerja, aku ada 3 kawan yang datang dari Bangladesh. Seorang bernama Alam, yang termuda ialah Gollam dan yang sudah berkahwin serta mempunyai anak pula Harun. Banyak yang aku belajar dari mereka, tentang budaya, masyarakat, serta bagaimana mereka menyambut Aidilfitri di Kota purba Dhaka dengan penuh kepestaan. Kata Gollam, pusat bandar akan jadi sesak, bising, serta berwarna-warni dengan kedai-kedai yang menjual kain. Ada banyak jenis kain yang dijaja, dari Sutera lembut, Kapas bergebu-gebu, serta bermacam-macam jenis kain lagi.

Tambahnya lagi, sambutan Aidilfitri disana sangat meriah, malah lebih meriah daripada kita yang sambut di Malaysia. Semua orang akan keluar rumah, melawat satu sama lain, mengadakan jamuan, berpesta, seolah-olah mereka mahu melepaskan beban-beban hidup pada hari-hari terdahulu dan meraikan segala kegembiraan sebagai seorang manusia. Memang, jika mahu difikirkan semula, Bangladesh adalah negara yang termiskin didunia. Mungkin mereka melihat "Aidilfitri" itu sebagai suatu persinggahan.

Bila aku tanya mereka bila kali terakhir mereka mennyambut Aidilfitri, Harun bilang, "5 tahun lepas" dengan senyum yang pahit.

Aku terfikir, bagaimana rasanya kalau tidak dapat bersama keluarga, sahabat-handai, serta tidak berada 'dirumah' pada hari suci ini, semestinya suatu pengalaman yang tidak enak. Sedangkan sehari Aidilfitri tanpa suasana begini pun mampu membunuh aku, inikan mereka dengan 5 hari Aidilfitri di perantauan.

Ah, mereka sungguh tabah. Semoga Tuhan merahmati mereka.

#dua

Ada orang memberitahu saya, atau sebetulnya komen bahawa Aidilfitri di Malaysia tidak seperti yang dilakukan di zaman Nabi serta disuntik dengan pelbagai bidaah, khusunya daripada budaya Hindu. Dia dengan raut wajah yang marah itu lagi menyambung, "Kalau macam ini, baik tak payah raya. Semua benda kita nak tiru Hindu. Macam orang islam tak ada identiti sendiri pula. Cuba pergi tengok macam mana orang Arab di Mekah itu buat"

Kepada cemuhan ini, aku hanya membalasnya dengan senyuman.

Padaku peribadi, tidak kisahlah jika Aidilfitri kita mempunyai simbolik-simbolik 'Hindu' atau agama lain sekalipun, tetapi jika ia tidak menjejaskan semangat ummah dan kesyukuran kita untuk hari itu, jadi apa masalahnya?

Ya memang benar, menyalakan pelita itu sepersis Hari Deepavali "Peraiyaan Cahaya", tetapi cuba kamu tanya satu billion umat islam dinegara ini, adakah mereka menyalakan pelita itu untuk Dewa Pahlawan Rama? Atau Dewi Sita yang diculik? Ataupun  Kemenangan yang tercetus di Alam Angkasaraya?

Jawapannya; tidak. Mereka hanya menyalakan pelita atas dasar sebuah tradisi yang diperturunkan, dan kemudian, disebatikan kedalam budaya kita. Pada hari ini, menyalakan pelita disertakan dengan perasaan nostalgia untuk kampung halaman (yang tidak mempunyai kemudahan elektrik pada zaman-zaman dahulu).

Secara jujur, kadang-kadang aku meluat juga dengan mereka yang melihat Islam itu seerti dengan Arab. Mereka mahu meniru segala yang diperlakukan oleh orang-orang Arab dalam satu aggapan bahawa itulah yang sebetulnya "islamik" sampaikan secara tidak sedar, mereka membunuh "melayu" yang ada pada diri mereka.

Aku bukannya mahu jadi rasis, tetapi fikiran seperti ini meluputkan identitas kita, seraya hanya akan menampakkan diri sebagai orang yang cetek akalnya.


#tiga

Seperti biasa, aku tidak pulang kekampung. Raya akan disambut disini, Puncak Jalil dan seperti menabur garam diatas luka, aku menyambut separuh hari raya di Pizza Hut.

Ya, aku bekerja pada Hari Raya.

Sekurangnya, aku rasa okay juga, kerana sepanjang 18 tahun aku ber-aidilfitri dirumah, apa kata cuba untuk di Pizza Hut pula? Bila difikirkan semula tentang pengalaman dan gaji berganda yang bakal datang, aku menghela nafas panjang dan berkata, "Saya okay, saya okay."


#empat

Aku sangat terharu apabila ada kawan-kawan yang bukan muslim memberi wish "Selamat Hari Raya" pada aku. Ia membuktikan bahawa agama bukan sebab untuk kita membina dinding disekeliling kita dan satu masyarakan yang mampu hidup harmoni tanpa mengira bangsa & agama itu tidak mustahil untuk dimanifestasikan.

#lima

Aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri untuk setiap muslimin & muslimat. Semoga Allah menitipkan jalan yang baik-baik untuk kita dan semoganya kita berusaha dengan usaha yang penuh untuk menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 62