Its been a week since i've worked in Pizza Hut.
Manager yang baik, kawan sekerja yang supportive, masa bekerja yang rasional, serta kerja yang penuh cabaran adalah satu persekitaran yang baru untuk aku yang selama ini hanya membuta dirumah sambil menonton HBO. Bezanya bagai langit dan bumi.
Macam-macam ragam manusia aku jumpa. Ada yang penyabar, ada yang suka menggesa, ada yang palat, ada yang memahami, dan lain-lain perangai lagi. Sebenarnya aku ditawarkan kerja dengan gaji yang lebih tinggi, tapi disebabkan aku inginkan cabaran keras disamping meneliti sifat-sifat manusia, maka aku memilih untuk berdiri disini sehingga bulan September depan.
Honestly, aku paling tak suka dengan jenis customer yang mencuih-cuih mulut masa aku baru nak ambil pesanan, lap mejap, hidangkan makanan. Seolah-olah aku yang ini semacam hamba abdi dari bani Israel dan dia pula seorang Firaun Anak Tuhan. Gayanya dengan muka yang sombong itu membuat aku berasa jengkel sekali.
"Wahai Tuhan Firaun, ini chicken Supreme yang Tuan pesan sebentar tadi. Ambillah dari saya pacal yang hina ini." sambil menggoyang-goyang punggung. Begitu.
Ya, memang kamu bayar. Memang nanti kamu akan cakap "Customer is always right." Tapi apakah sampai suatu ekstensi kamu akan abaikan sopan santun dan moral? Aku tertanya juga Syaitan Kapitalis yang mana ajar sedemikian rupa.
Pelayan restoran dibayar untuk mengambil dan menghantar pesanan, bukan untuk mendengar makian dan berhadap dengan muka yang angkuh.
Aku pernah dengar tentang cerita-cerita kawan aku tentang mereka yang meludah kedalam minuman, meletakkan air kotor, atau sebagainya kedalam makanan sebagai dendam terhadap pelanggan yang tidak reti hormat, tetapi aku takkan berbuat sedemikian. Walau se-marah mana sekalipun, aku enggan, meskipun aku berada didalam posisi yang memungkinkan. Kerana akal aku menolak perkara jalang seumpama itu.
Aku masih waras dalam menghormati sesama insan.