Aku berjalan tanpa menoleh kebelakang. Disebelahku, Harith Hudal pun mengekor serta. Beg plastik yang terjinjit berayun-ayun saat kami kami melangkah pantas menuju kebelakang dinding yang terletak dihujung asrama lelaki. Waktu itu malam, baru sahaja lepas solat Isyak. Ada degap-degup, rasa saspens, dan sedikit cuak kalau-kalau ada senior yang nampak kami. Maklumlah, masa itu kami di tingkatan dua, masih lagi dalam "zaman kena buli". Pantang ada makanan sedap-sedap, kalau ada memang terus saja disambar abang-abang senior yang garang seperti Velociraptor.
Sampai saja, kami terus bersila diatas lantai. harith mengisyaratkan kepadaku untuk tinjau diasrama buat kali terakhir, takut-takut kalau ada senior yang ikut. Aku geleng tanda tidak ada. Kalau ada ustaz aku waktu itu nampak kami bersorok-sorok dibelakang dinding, mungkin dia akan ingat kami sedang melakukan hubungan seks diluar tabii.
Aku meleraikan ikatan getah pada plastik air soya yang aku beli di bazaar petang tadi, dan Harith pula perlahan-lahan membuka bungkusan Roti John yang panjangnya 12 inci. Kononnya Roti John itu yang teristimewa di Bandar Tun Razak, memang laris jualannya. Dengan inti daging disaluti mayonis dan sos cili yang pedas, aku terliur-liur apabila baunya menyapa hidung.
Kami makan dengan penuh gelojoh, tak sampai 5 minit sudah habis ditelan kesemuanya. Harith memarahi aku kerana aku makan lebih banyak. Aku cuma tersengih-sengih dengan sisa mayonis terpalit diatas hidung. Selekeh betul.
Tidak banyak yang aku ingat mengenai memori ramadan, tetapi ingatan mengenai yang ini kuat sekali. Malahan tidak ada apa-apa yang istimewa pun mengenainya, bukan makan besar, bukan ditemani makwe-makwe cantik, cuma ya, terkadang kita dibawa ke belakang, ke waktu-waktu yang mungkin kita kira tidak penting saat itu, tetapi akan tetap terpahat jelas didalam gua kenangan-kenangan silam.