Hak Asasi Manusia adalah hak-hak yang ada kepada sesiapa sahaja, baik dia penganut islam, menyembah salib, seorang sami buddha, atau Atheist sekalipun. Ia juga luas dalam merangkumi seluruh pelusuk dan wilayah didalam dunia, tanpa mengenal gender dan warna kulit. Asalkan dia seorang manusia, maka dia berhak menuntutnya. Mudah bukan?
Tuhan, permudahkanlah jalanku untuk menjadi seorang peguam hak asasi kelak kerana aku ada cita-cita yang baik pada masa akan datang. Aku memilih jalan ini kerana dunia terlalu kasar dan penuh dengan kesakitan, dan masih ramai yang tidak bahagia kerana hak-hak mereka diperkosa. Jika ini yang terbaik, maka bukakanlah pintunya. Amin.