Quantcast
Channel: Tinju & Peluru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Dari seorang Hermann Hesse, si Siddhartha Moden.

$
0
0


“Wisdom cannot be imparted. Wisdom that a wise man attempts to impart always sounds like foolishness to someone else. Knowledge can be communicated, but not wisdom. One can find it, live it, do wonders through it, but one cannot communicate and teach it.”  - Herman Hesse (Siddhartha)

Kadang-kadang ada sesuatu yang kita tak mampu ajarkan kepada orang. Ilmu-ilmu begini, tentang kesedaran dan hakikat diri, kesucian, dan seumpama adalah bersifat peribadi. Ia tidak tersentuh oleh orang lain. Kita boleh katakan kepada mereka tentang pentingnya untuk berfikir atau menahan diri dari godaan, betapa baiknya sesuatu itu atau ini, tetapi guru yang terbaik masih datang dari pengalaman. 

Itulah sebabnya kita harus berkelana - seperti Siddhartha didalam novel Herman Hesse - untuk menemui diri. Apabila Siddhartha melihat Gautama Buddha buat kali pertama, dia dikejutkan dengan ketenangan yang dimiliki lelaki suci itu. Sebuah ketenangan yang tak tergoncangkan. Dia menghadiri kuliah Gautama, tetapi mindanya masih dahagakan ilmu. Apa yang diajar masih tidak mencukupi. Atas dasar kepercayaan bahawa "Ilmu boleh diajar, tetapi bukan kebijaksanaan" itu, Siddhartha menerjunkan dirinya kedalam permainan kehidupan dengan harapan dia juga akan menemui Pencerahan Kerohaniah seperti yang didapati pada Gautama Buddha.

Siddhartha berjumpa ramai orang sepanjang jalannya. Dia bertemu Kamala, seorang pelacur yang cantik. Kamaswami, seorang niagawan. Sebelum itu, dia hidup dikalangan Brahmin, para elit dan pernah menyertai para petapa yang digelar Samana dan akhirnya, dia berguru dengan seorang pengayuh sampan. Manusia-manusia yang dijumpainya ini terus mematangkannya.

Dihujung perjalannya yang panjang, Siddhartha merumuskan bahawa Kesakitan, Keseronokan, lelaki yang suci, lelaki yang hina, semuanya adalah sama. Didalam lelaki yang suci ada lelaki yang hina. Didalam bahang kesakitan, ada nikmat keseronokan. Didalam Samsara, ada Nirvana. Dia melihat segala-galanya menjangkaui perkataan dan label. Fahaman sebegini juga dikenali sebagai doktrin of Unity, dimana dalam setiap sesuatu, ada sesuatu yang lain. Pandangan ini terbit sesudah dia melihat kehidupan dari pelbagai sudut dan jihat.

Aku teringat kata-kata kawan aku dulu, "Kalau kau tidak pernah lalui jalan-jalan yang gelap, masakan kau akan boleh melihat seluruh dunia?" Bagi aku secara peribadi, ia benar. Hanya duduk disebalik dinding masjid sepanjang hayat memisahkan kau dari realiti, sepertimana seorang anak kaya dipisahkan oleh tembok tinggi yang angkuh. Mereka dibasahkan oleh nikmat. Diri mereka tidak pernah tandus atau menahan pedih.

Keluarlah dari kepompong. Berjalan. Mengembara. Bereksperimen dengan hidup. Samada kau akan terkandas dilembah Samsara atau mengecapi Nirvana, itu tidak penting. Kerana yang paling mahal adalah setiap langkah yang pernah kau jejak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 62