Quantcast
Channel: Tinju & Peluru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Dalam librari, aku ternampak A. Samad Said, dan kemudian, dia hilang dicelah buku-buku.

$
0
0
A. Samad Said, sasterawan negara yang paling memikat. Rupanya ada iras-iras Gandalf Lord of The Rings sikit.

Semalam aku ke Pasar Seni dan Perpustakaan Kuala Lumpur untuk membeli beberapa buah buku. Di Pasar Seni, aku terjumpa pakcik yang menjual buku-buku zaman 90-an dan 80-an. Dalam koleksinya ada Puisi-puisi Rendra, Pak Samad, cerpen-cerpen Keris Mas, dan juga Mukadimah Ibn Khaldun. Dengan rasa teruja yang amat, aku terus membeli 7 buah buku sastera melayu dengan harga rm24 semuanya. Untuk membeli buku-buku tersebut dengan harga yang murah adalah satu rezeki yang tidak patut ditolak, lebih-lebih lagi orang yang minat sastera macam aku.

Membaca Benih Semalu (Pak Samad) membuat aku teringat ke zaman persekolahan, Maktab Tentera Diraja semasa aku diakhir tingkatan 5 dulu. Aku teringat ke sebuah perpustakaan kecil dan sempit disana, yang penuh dengan buku dan rak besi. Bau karpetnya yang berhabuk. Aku teringat apabila aku sedang mencari buku sejarah Greek Kuno di rak yang menempatkan koleksi-koleksi sejarah, aku ternampak sebuah koleksi puisi Pak Samad yang terselit diantara kedua buku besar. Aku tidak pernah berasa teruja dengan sastera melayu, apatah lagi membacanya. Bagi aku dulu, sastera melayu adalah sastera yang kalah. Aku terlalu memandang tinggi terhadap bahasa inggeris menyebabkan aku lupa akan bahasa sendiri. Tiba-tiba inkuiri menekan untuk aku membuka buku itu. "Tak salah untuk tengok sekejap", desis hatiku. Aku membelek helaian koleksi puisi Pak Samad itu, ingin cari sebuah dua puisi, dan puisi "dalam librari" lah yang mula-mula menyapa mata.


"Dalam librari
aku tersengguk.
Seorang tua
tersenyum menegur:
tak guna 
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?"

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tidak kusua

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada."

- Pak Samad.


Disitulah kawan, tercetusnya sebuah ledakan didalam jiwa aku. Satu ledakan yang memantulkan bahasa dan sastera kesetiap penjuru, setiap arah, dan setiap jihat. Jika kamu tanya aku kenapa aku begitu cintakan bahasa melayu, maka Pak Samad dan si orang tua  "dalam librari" lah jawabnya. Puisi inilah punca segala-galanya bermula.

Bagaimana dengan kamu?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 62