“Sudah kukatakan padamu, Kawan, di negeri ini, mengharapkan bahagia datang dari pemerintah, agak sedikit riskan” ― Andrea Hirata.
Lewat ini ramai yang sembang pasal PTPTN dalam laman sosial, biar di facebook, twitter, blog, dll termasuklah aku. Bagi aku secara peribadi, isu ini isu besar, dan ia harus dilihat dari perspektif yang menyeluruh berbanding satu hala kerana pendidikan, peminjaman wang, aliran keluar masuk duit, dan kebajikan masyarakat adalah saling berkait-rapat antara satu sama lain. Aku bukanlah budak ekonomi atau pernah ambil kelas ekonomi di sekolah menengah dulu jadi aku tidak akan cakap dalam bahasa ekonomi (jangan risau!), tapi aku akan cuba luahkan pendapat dan buah fikiran aku yang bermain di relung otak sejak sekian lama. Ini hanya pandangan dan oleh kerana itu, ia boleh dicabar, dan jika kalian ada idea untuk menyanggah atau menambah, itu hak kalian untuk mengkritik. Aku pun mahu dengar pendapat kalian.
Ok mari kita mula dengan pendidikan. Selepas membaca Andrea Hirata dan menonton filem Laskar Pelangi, aku selalu percaya bahawa pendidikan adalah salah satu cara baik untuk membebaskan masyarakat dari kemiskinan. Pendidikan adalah untuk mempersiapkan seseorang, untuk menjana keyakinan dan ilmunya supaya apa yang dipelajarinya nanti dapat dimanfaatkan kepada umum. Seorang pelajar perubatan - apabila menyarung jubah doktor nanti - akan menyumbang kepada naik taraf kesihatan kepada masyarakatnya, begitu juga dengan seorang jurutera, peguam, cikgu, dan lain-lainnya yang sedang menuntut pelajaran di menara gading. Jika kita lihat di negara-negara dunia ketiga yang miskin, kita akan dapati bahawa kadar kemiskinan dan peluang pendidikan rapat bagaikan tulang dan daging, dimana semakin kurang peluang pendidikan disatu tempat itu, semakin melaratlah ia.
Lalu soalnya disini adakah pendidikan harus percuma? Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap rakyat berhak untuk mendapat pendidikan tanpa sebarang diskriminasi. Ia terjamin (walaupu tak cakap pula percuma atau tidak) sebagai salah satu fundamental liberties sebagai sahutan terhadap era globalisasi dan hak asasi kemanusiaan. Disini ada dilema. Untuk menyediakan kebajikan masyarakat (pendidikan percuma), kita harus mempunyai keuntungan dulu, kerana tanpa keuntungan, kebajikan itu tidak terbayar untuk direalisasikan. Aliran duit harus deras supaya tebing-tebing kebajikan masyarakat menjadi subur. Jadi kita berangkat ke persoalan: bagaimana untuk membiayai pendidikan ini? Adakah dengan peminjaman wang kepada pelajar, atau subsidi secara terus, atau ada metode lain? Kau harus tahu bahawa peminjaman wang kepada pelajar atau subsidi, kedua-duanya diambil dari wang pembayar cukai dan oleh kerana itu, rakyat ada hak untuk mempersoalkan kemana hala tuju perbelanjaannya.
Bagi aku, secara pragmatik, mungkin lebih baik sekiranya kerajaan menggunting bunga yang berselirat di celah-celah dokumen ptptn itu. Kalau boleh aku mahu saja kerajaan subsidi terus segala kos, biar duit cukai dilaburkan untuk kependidikan mahasiswa dari Alif sampai Ya, tetapi mengambil kira ini negara dunia ketiga dan kita sebenarnya miskin, aku rasa ia mustahil - atau mungkin boleh diwujudkan, tetapi bukan sekarang, bukan bawah pemerintahan yang berdasarkan ras kaum ini. Negara kita tak berganjak pun dan semua cerita yang mengatakan ekonomi negara kita stabil macam yang terpampang dalam surat khabar itu nak bohong kalian semua. Atau tak pun mungkin mereka boleh tambahkan purata gaji pekerja? Bunga itu patutnya boleh saja diganti dengan pelaburan wang rakyat yang tertumpu untuk bidang kependidikan, tetapi ehem, 'tersalah alih' agaknya. Akhirnya semuanya masuk kedalam perut kroni-kroni dan terbit sebagai tahi segar. Ini semua gara-gara ketidaktelusan pentadbiran polisi.
Aku kira rungutan dan kemarahan orang ramai terhadap PTPTN bukanlah kerana liat tidak mahu bayar, tetapi terbeban dengan kos kehidupan kita yang semakin mahal. Lihat saja bagaimana kau nak hidup dalam sehari. Kalau kau nak makan, sehari berbelanja rm10 memang tidak cukup, kecualilah kalau kau sudi makan maggi yang tak berkhasiat dan membotakkan rambut itu. Itu belum lagi duit yang dibakar untuk menggerakkan enjin motor, kereta, rokok (perjuangan anda sangat dihargai), macam-macam kenaikan harga melambung tinggi, cukai, dan syaitan-syaitan lain yang nak menipiskan dompet kau.
Kalau kau lahir di rumah banglo, makan malam di Tony Roma's dan setiap hujung minggu membeli jeans Levis dan baju Ed Hardy, dan mak abah kau kirimkan kau duit setiap bulan beratus-ratus ringgit, mungkin kau tak terasa sangat. Mungkin kau boleh berkata dengan angkuh, "Bodoh kau hutang pergilah bayar sendiri. Lain kali kalau tak nak bayar jangan berhutang!" Inilah masalah sesetengah orang-orang kaya yang tiada empati. Mereka terlalu selesa dalam mahligai kemewahan sampaikan mereka tidak faham kemiskinan yang merenggut saudara mara mereka. Mereka inilah spesies penghisap yang disfungsi dalam masyarakat, kerjanya hanya menayang iphone baru atau handbag mahal, tetapi bila dihadapkan dengan masalah masyarakat, mereka akan meludah orang-orang yang tidak setaraf dengan mereka. Mereka tidak faham bahawa bukannya semua orang dilahirkan kaya bertimbun. Begitu juga dengan anak-anak menteri, bolehlah mereka sembang pasal duit yang mereka guna untuk belajar di overseas itu adalah duit 'Kerajaan'. Pernah dengar "Some people are so poor all they have is money"?
Mungkin ada yang kata kadar bunganya agak rendah, tetapi kau kena tahu itu juga bukan senang. Ada yang ibunya harus berjaga menenun kain untuk belanja anak-anaknya. Ada yang abahnya menjual kudrat menoreh getah seawal subuh bagi menghantarkan anaknya ke universiti supaya menjadi 'orang'. Dan anak-anak ini, selepas mereka mendapat segulung ijazah nanti, akan terbeban oleh hutang dan terpaksa bekerja sepanjang hidup untuk melangsaikan hutang ditambah lagi dengan bunga dan kos hidup kotaraya. Nampaknya dalam zaman ini perhambaan masih wujud, walaupun tidak secara terus, dan ia dinamakan penghambaan cukai, atau mat salleh kata debt slave. Kau akan terikat dengan hutang sampailah ke liang lahad dan ia akan berganti pula ke anak cucu kau. Ya, inilah kapitalisme!
Terus terang aku ok saja dengan PTPTN - sekurangnya buat masa sekarang. Jujur, aku bukanlah dari keluarga susah dan aku tidak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan abah aku bukanlah penjual kuih, dia seorang peniaga. Inshaallah aku boleh langsaikan nanti sesudah tamat pengajian. Tetapi aku juga kasihan dengan orang-orang yang lahirnya tidak kaya. Ketidakseimbangan ekonomi sedang menggugat saudara mara kita dan jika kita tidak berfikir secara kritikal dan peduli kepada mereka, kemanusiaan bakal pudar dek kebebalan. Aku percaya pendidikan mampu membawa manusia keluar dari kemiskinan dan oleh itu ia tidak seharusnya dijadikan komoditi untuk keuntungan sesetengah pihak saja. Ini bukanlah soal "Siapa hutang dia bayar" saja, ini soal yang lebih luas dengan mengambil kira iklim masyarakat dan soal hala tuju wang cukai yang dibayar, samada adakah ia dimanfaatkan atau disalahgunakan?
Entah kenapa pada malam ini aku teringatkan Lintang, salah seorang watak Laskar Pelangi yang mengayuh basikal lima belas kilometer jauhnya setiap pagi untuk menghadiri kelas menimba ilmu. Aku terbayangkan basikal buruknya, titik peluhnya, tangan kasarnya yang bekerja, dan semangat optimisnya yang percaya dengan keajaiban pendidikan dan kuasanya dalam mengubah nasib anak-anak bumi.

![]() |
Lintang, watak Laskar Pelangi yang berjiwa besar. |