Dua tulisan aku terpapar di majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka untuk November-Disember ini.
![]() |
Sunset on the beach, Inessa Garmash. |
Yang pertama, sorotan Sidang Kemuncak Penulis Malaysia yang aku hadiri 24 Oktober lalu di Jitra, Kedah. Ini dimuatkan di dalam majalah Dewan Sastera (Bil. 12 2014). Kau juga boleh membacanya di sini .
Kedua, dan ini lebih mengujakan, adalah paparan cerpen aku yang berjudul Perempuan Yang Pulang ke Lautan di majalah Tunas Cipta (Bil.12 2014). Ini adalah cerpen aku yang pertama diterbitkan di majalah dan merupakan cerpen kedua yang aku tulis selepas 'Kesumat'. Cerpen ini dibahagikan kepada enam bahagian dan ditulis dengan gaya non-linear. Terima kasih kepada saudara Fadli Al Akiti kerana membawa cerpen ini ke perhatian editor Tunas Cipta.
"Kami menanti berita kepulangan pesawat itu dengan hati yang resah gelisah. Di warung kopi, di perhentian bas, di tepi jalan, di stadium, di rumah pangsapuri, rumah teres, banglo, dan kereta yang menyesakkan jalan, kami berdoa kepada Allah Azzawajalla supaya kau dipertemukan untuk pulang, pesawat kesayanganku. Pagi itu kami digemparkan dengan berita kehilanganmu di udara dalam perjalananmu ke Amerika Syarikat, kau lesap daripada radar beberapa minit sesudah juruterbangmu mengisyaratkan kepada menara kawalan, selamat malam Kuala Lumpur, selamat malam, dan kau tidak mendarat pada waktu yang dijadualkan di John F. Kennedy International Airport, New York iaitu jam enam pagi."
Kalau ada jumpa majalah ini di stesen bas, toko buku, kedai runcit, 7-E, rumah tok anjang, atau sebagainya, jangan lupa beli dan baca yo!