"Tuhan, saya ada perancangan yang baik untuk masa depan nanti. Semoganya ilmu yang kami takungkan selama ini diberkati."
![]() |
Istanbul, salah satu tempat yang saya mahu kunjungi bila dewasa kelak. Kata mereka, Istanbul adalah kota dua peradaban, satu untuk Barat dan kedua lagi untuk Islam. |
Hari ini adalah hari terakhir untuk Semester Pertama kami sebelum cuti semester yang panjang menjelang. Paper Contract Law menjadi halangan antara kedua tempoh masa ini. Kes-kes sudah difahamkan, prinsip-prinsip dimaknakan, dan sekarang hanya tinggal untuk dicurahkan keatas kertas nanti.
Semoganya tidak susah kerana kalau susah - sudah tentu cuti akan jadi satu bebanan berat.
II.
Akhir sekali, ini sebahagian dari puisi Chairil Anwar (Doa) yang paling saya gemar disamping "Aku" dan "Kepada Kawan":
Kepada pemeluk teguh
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu
Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling
13 November 1943.
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu
Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling
13 November 1943.