Malam sudah larut.
Aku pasang lagu Mr Brightside oleh The Killers dan biarkan ia bergema dicorong earphone. Buku Aku ini Binatang Jalang yang dibeli di Arts for Grabs tempoh hari diletakkan ditepi sebentar. Aku lihat jam semula, sudah kira-kira 20 minit aku tunggu bas disini. Satu bas pun masih belum tiba. Aku mendengus. Sebenarnya aku sedikit malas untuk balik memandangkan pengangkutan dari Shah Alam ke Puncak Jalil memang sangat terhad. Tetapi memandangkan kawan-kawan aku pun sudah tiada dibilik, maka aku pun balik sajalah kerana aku tak suka tidur seorang. Malahan lagi, esok aku mahu ke Big Bad Wolf. Adalah lebih mudah untuk ke Mines dari Puncak Jalil berbanding Shah Alam.
Jadi akhirnya aku memilih untuk berjalan terus ke seksyen 2 tanpa bergantung pada bas awam yang tidak efektif ini. Aku berjalan menuju kejalan yang lampunya tidak bersinar terang. Kesepian melabuhkan tirainya di UiTM Shah Alam tatkala siswa-siswinya semua pulang kekampung untuk mendapat berkat sebelum peperiksaan akhir. Seolah-olah ketika itu, suatu vakuum yang besar timbul entah dimana dan menarik semua penghuni kedalamnya dan segala bunyi pun turut serta.
Angin menderu-deru, menderu-deru. Tubuhku dipukul udara sejuk yang mencebur tulang-belulang. Pokok bergoyang dan daun-daun gugur. Disini, cahaya tewas pada ketumpatan malam.

Jealousy, turning saints into the sea.
Swimming through sick lullabies
Choking on your alibis
But it’s just the price I pay
Destiny is calling me
Open up my eager eyes
‘Cause I’m Mr Brightside
Aku berjalan menuju kegelapan. Kesepian memanjang. Dingin bertambah sejuk. Peluhku bergenang, lalu mengalir dari dahi hingga kebaju.
Aku berjalan menuju kegelapan. Angin berbisik pada telingaku rahsia-rahsia kotor orang jahat dari tempat yang nun jauh dari sini. Bulan menjadi segan lalu menyelinap disebalik awan.
Aku berjalan menuju kegelapan, dan ia menyambutku seperti kawan yang sudah lama tidak disua.